Sunday, July 28, 2013

orang kata kalau kita buat baik, nanti dibalas baik.
orang kata kalau kita buat jahat, nanti dibalas jahat.

aku buat baik dekat orang, tapi aku yang kena macam ni?
kenapa aku yang rasa sakit?
kenapa mereka masih bisa ketawa, bergembira?

bodoh rasa bila tak dapat kawal emosi.
bodoh rasa bila tak dapat kawal perasaan.
bodoh.

tapi,
sekurang-kurangnya aku bukan seperti kau.
yang menikam orang sekeliling dari belakang,
yang membunuh mereka secara perlahan
sehingga hati,
perasaan,
akal mereka hancur,
tidak berfungsi.

cuma aku masih ikut watak kau menjadi si penipu
atas sebab untuk menjaga perasaan kau
perasaan mereka
dan perasaan diri aku sendiri.

walaupun hakikat sebenar yang derita menanggung sakit itu
aku.

Saturday, July 20, 2013

dalam hidup tak semuanya indah

kalau aku tahu akhirnya begini,
kalau aku tahu sakitnya begini,
aku tidak akan berjalan di laluan ini,
aku tidak akan mulakan titik perjalanan ini,
kerana mengenali kau
amat menyakitkan.

dan atas sebab:
'dalam hidup tak semuanya indah',
aku sabar.